Monday, 18 December 2017

Cara Kira Cash Value Bila Cancel ASB Loan

CARA KIRA CASH VALUE BILA CANCEL ASB LOAN

cara kira cancel asb loan
cara kira cancel asb loan


Ramai yang bertanya tentang cara kiraan cash value bila cancel asb loan. Ya memang betul bila search dan cari dalam youtube tak jumpa hehe. Apa boleh buat. Hari ni saya kongsikan cara kira sendiri cash value tersebut (jangan anggap nilai ini tepat 100% ya. Ini hanya anggaran. Nilai tepat hanya pihak bank yang anda berurusan sahaja tau). Sekurang kurangnya anda tahu anggaran berapa anda dapat apabila anda cancel asb loan nanti. Nilai cash value ini adalah berdasarkan bulan ye sebab dividen asb juga mengikut bulan.

* Sebelum anda cancel asb loan pastikan anda tanya di kaunter bank samada boleh atau tidak cancel loan tanpa ada apa apa tunggakan atau caj. Kalau ok barulah anda cancel..

Langkah pertama:

Install Apps dalam telefon anda = Financial Calculator

Financial Calculator Asb Loan
Apps Financial Calculator












Langkah Kedua:


Run Apps dan Masukkan Info
1- Jumlah Loan
2- Jumlah Interest Rate
3- Tempoh Loan
4- Jangan Lupa tekan BUTTON CALCULATE ya!

Cara Kira Cash Value Asb Loan
Cara Kira Cash Value Asb Loan





Langkah Ketiga:


1- Tekan Button AMORTIZATION
2- Lihat Tempoh yang dipilih untuk Cancel (contohnya 36 bulan)
3- Lihat jumlah "Balance"
4- Kira JUMLAH LOAN - Balance



Cara Kira Cash Value Asb Loan CIMB
Cara Kira Cash Value Asb Loan CIMB

Contoh:

Loan Amount = 100000
Interest Rate = 5
Loan Term = 30
Untuk 36 Bulan, Balance = 95,343.66


Maka,

Cash Value = 100000 - 95343.66 = RM4,656.34




Mudah tak?

Serius nak mulakan ASB Loan anda?

Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda, Whatsapp SEGERA FairuzRamli 0134555888 atau Klik Link Whatsapp melalui view telefon <KLIK SINI>

Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloancimb

No comments:

Post a Comment