Thursday, 14 December 2017

ASB BIASA VS ASB FINANCING

ASB BIASA VS ASB FINANCING

PENGIRAAN DIVIDEN ASB SIMPANAN SENDIRI VS ASB FINANCING
.
Nota: Pengiraan Dividen ASB adalah berdasarkan baki terendah bulanan dan dividen dikira bagi setiap bulan.
.
Formula: Baki Terendah Bulanan x Dividen ASB / 12
.
Contoh Kes
1. Abu mula menyimpan RM 1100 pada 5 Januari, baki terendah pada bulan 1 ialah RM 0 (Sebelum 5 Jan, tiada simpanan, maka baki terendah RM 0).
2. Pada 5 Februari Abu menyimpan rm 1100 lagi, baki terendah adalah RM 1100 (Walaupun jumlah simpanan ialah rm2200).
3. Pada bulan Mac, Baki dari bulan Feb RM 2200. Abu mengeluarkan RM 500 dan kemudian memasukkan semula RM 1100. Baki terendah ialah RM 1700 (RM2200-RM500).
.
So setakat ni faham tak maksud baki terendah???
.
Nota: Bonus ASB dikira berdasarkan baki terendah setiap bulan untuk 120 bulan (10 Tahun). Untuk orang yang baru menyimpan, nilai bonus adalah sedikit.
.
Formula: Baki Terendah Bulanan x Bonus ASB / 120
.
PERBANDINGAN PENGIRAAN DIVIDEN ASB SIMPANAN SENDIRI VS ASB FINANCING
________________________________________________

>Abu memilih untuk simpanan sendiri sebanyak RM 1100 sebulan bermula Januari 2017. Jumlah simpanan tahunan RM 13200.
.
>Saiful memilih untuk membuat simpanan melalui pembiayaan ASBF dengan komitmen bulanan RM 1100 (Sijil ASBF 200k). Jumlah simpanan tahunan RM 13200. Tetapi, untuk mula menyimpan pada bulan Januari 2017, permohonan perlu dibuat pada bulan November 2016. Sijil ASBF akan dimasukkan ke dalam akaun bermula Disember 2016. Ini menjadikan baki terendah pada bulan Januari ialah RM 200000.
.
Pengiraan di bawah berdasarkan dividen 7.5%. (Rujuk Gambar)
.
HASIL PERBANDINGAN
==================
Hasil simpanan ASB sendiri = RM13654 (Untung RM 454 = 3.44%)
Hasil ASBF = RM15000 (Untung RM 1800 = 13.64%)
.
Perbezaan = RM 1346.
.
Sebenarnya, RM 15000 bukan nilai sebenar simpanan terkumpul Saiful. Jumlah ini belum termasuk surrender value (SV). Surrender value ialah jumlah bayaran prinsipal yang sudah dibayar kepada bank pada ketika pengiraan dibuat. Setelah setahun, nilai SV Saiful ialah RM 2846. Maka, jumlah simpanan terkumpul Saiful ialah RM 17846. Lebih RM 4192 berbanding simpanan Abu. Keuntungan pelaburan RM 4646 = 35.20%
.
Maka, jelas simpanan melalui ASBF adalah lebih menguntungkan jika dibandingan dengan simpanan ASB biasa.
.
Bonus tak perlu kira la buat masa ni. Ciput ja sebab kena bahagi dengan 120 bulan.
.
.

SILA SHARE KALAU RASA BLOG INI BERMANFAAT. Mungkin dapat membantu rakan-rakan lain untuk menyimpan dengan cara yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment