Adakah Takaful Diperlukan Dalam ASB financing?
Apa itu takaful, apakah peranan dalam pembiayaan yang kita telah buat. Yang pastinya kita kena tahu terlebih dahulu apa itu fungsi takaful. Apakah peranannya. Kalau main ambil je, pastu main bayar je. Tapi fungsi tak tahu. Rugi dan tiada gunalah. So sebab itu setiap perkara yang kita lakukan harus jelas dengan setiap tujuannya.
.
1. FUNGSI TAKAFUL.
Fungsi takaful dalam pembiayaan ASB Financing ialah menyelesaikan baki pembiayaan anda jika berlaku kematian atau cacat kekal.
.
Namun jika tak mengambil takaful, waris @ ahli keluarga tak perlu sambung bayar pun pembiayaan anda. Ramai yang salah faham bab ni. Sebabnya sijil akan auto terminate setelah 2 bulan anda tak bayar.
.
So bila pihak bank mendapat pengesahan kematian Sijil ASB yang bank pegang tu, bank akan jual balik kepada ASNB dan hasil jualan tersebut digunakan untuk menyelesaikan baki pembiayaan. Kalau ada lebihan keuntungan bank akan pulangkan kepad pihak yang berwajib.
.
👉Ambil Takaful
Ada protection bagus, tapi bayaran bulanan mahal sedikit. Kalau korang nak ambik jugak terpulang.
👉Tak Ambil Takaful
Tiada protection, bayaran murah. Keuntungan maksimum. Fokus pada keuntungan
.
Kesimpulannya, dengan mengambil takaful, anda telah dilindungi oleh takaful. Hidup aman nyaman. Ada perlindungan untuk diri sendiri yang dapat memberi waris satu jumlah wang jika berlaku perkara yang tak diingini.
.
Pandangan saya sebagai Admin ?
Saya memang tak sarankan Client saya untuk ambil takaful dalam permohonan ASB Financing ni. Kalau nak ambik jugak, carilah agent takaful macam saya yang coverage 1juta ke atas pun boleh bagi
.
Jadi untuk ASB Financing nie, alternatif kita adalah untuk mencapai matlamat dan impian dengan lebih cepat. Jadi gunakan kelebihan asbf ini hanya fokus untuk MAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN sahaja.
No comments:
Post a Comment